Sunday, December 25, 2011

tun faisal dot com: Pinjaman Bank Dunia: Ezam dedah surat Anwar kepada...

tun faisal dot com: Pinjaman Bank Dunia: Ezam dedah surat Anwar kepada...: Ezam: “Perkara ini perlu didedahkan demi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu,” Sedia bongkar helah Anwar Oleh : Wartawa...

mamamolek

Thursday, December 22, 2011

Empayar Pemuda: PANAS : SEBAB YANG MEMBUATKAN MAT SABU DISAYANGI O...

Empayar Pemuda: PANAS : SEBAB YANG MEMBUATKAN MAT SABU DISAYANGI O...: Sememangnya perlantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dibuat untuk menyaingi Azmin Ali. PAS dilihat tidak bermaya dan seringkali m...

mamamolek

Wednesday, December 21, 2011

Friday, December 16, 2011

Empayar Pemuda: PANAS : USTAZ NASHA KECEWA DENGAN SIKAP HADI AWANG...

Empayar Pemuda: PANAS : USTAZ NASHA KECEWA DENGAN SIKAP HADI AWANG...: Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok berkata prinsipnya sejak tiga tahun lalu masih tidak berubah dan teguh memperjuangkan p...

mamamolek

Thursday, December 15, 2011

Cari punya cari terjumpa gambar pengantin ni...orangnya memang cantik...tak susah nak make up dia... baik tak cerewet semoga sedang berbahagia dengan keluarganya.. dah ada anak kot... ni gambar dia sebelum makeup..untuk pengetahuan mama tak gunakan jampi serapah untuk mulakan makeup cukup dengan doa dan selawat sahaja...mama serahkan semuanya kepada Allah..masih ingat lagi gi rumah dia ni jauh gak lah sebab masuk kebun dragon fruit...dan dalam kawasan pokok kelapa sawit...rumah dan suasana kampung menyamankan..tenang...
gambar ni masa majlis berinai malam ....baju yang dipakai ni adalah hasil rekaan jahitan mama...dia suka dan puashati..alhamdulillah..inai yang ada terlukis di tangan juga hasil sentuhan mama untuk dia... bab inai ni ada yang cakap kalau pengantin tu dah tak berapa nak suci inainya tak merah ... alhamdulillah pengantin ni inainya merah menyala dan berseri kat tangan dia... memang sah masih suci la tu....hehehe
      Pengantin lelaki dari Klang sampai ikut time dan mama juga yang siapkan dan jahit bajunya... rasa puashati bila hasil tangan mama dapat dipakai elok oleh pengantin... bila tengok pengantin tersenyum ... seronok rasa...berbaloi kerja-kerja menyempurnakan majlis dia ni...maklumlah nak bagi dia puashati dihari bahagianya bukan tanggungjawab yang main-main...mesti serius..
gambar ni pulak ... atas kreativiti fotografer diey othman buat shooting outdoor... tak yah gi jauh sebab keliling rumah dia memang cantik...penuh kehijauan...baju gaun putih potongan 2 pieces memang sesuai dengan badan dia..arrangement lace di bahagian dada dan lengan menampakkan baju ini agak fesyenable...dan trendy...

baju lelaki kot hitam dan kemeja outih... mereka pakai set baju ni selepas majlis bersanding iaitu ketika majlis potong kek...pendek kata mama duduk kat rumah pengantin ni tiga hari dua malam dari pasang pelamin pasang inai nikah , baju persalinan, berinai besar bersanding hingga potong kek... ni namanya dia ambik full pakej ....tak mahal sangat ...kalau nak tahu harga pakej boleh  tengok quatation harga nanti..
 ini baju persalinan pertama costium jawa tok-tok... dulu-dulu orang jawa kahwin mesti pakai costium ni... wajib.. tapi sekarang hanya sebagai baju persalinan untuk bergambar buat kenangan sahaja. kain bercorak batik coklat,, bajunya dijahit dari kain baldu hitam dihias dengan jahitan manik yang penuh menampak keistimewaan dan keaslian hiasan jawa.  bunga malai hijau putih sebagai aksesori kepala...kasut khas juga dibuat dari kain baldu hitam dan jahitan manik...baju persalinan macam ni tak mahal sewanya... cuma 100 hengget je.. siap pasang...
 ni pulak baju puteri perak... yang dipakai oleh puteriperak zaman dulu-dulu... ater teman tak le pulok sekarang ni puteri perok pakai apa...tapi biasa pengantin suka ambik baju ni sebagai asalah satu costium baju tradisional nak nampak macam merentasi masa... hehehe macam kisah dongeng la pulok... baju ni potongan kebaya dibuat dari fabrik satin kuning diraja... dipakai dengan seluar songket biru kehijauan..dan dilengkapi sampin dan diatas bahu diletakkan LA dibuat dari kain net dijahit manik penuh dan ada juraian manik...yang penting semuanya sentuhankreativiti mama....
 haa  yang ni diterbangkan terus dari tokyo jepun kimono hijau pink... mesti ada aksesori kepala yang tertonggok kat atas tu.. siap ada dua batang chopstick dan sekuntum bunga sakura di gurun sahara..hehehe. acah jek. jangan main-main kipas ni boleh jadi senjata jika gadis jepun diserang.. kimono tu boleh jadi baju ninja. siap ada pedang samurai... tapi muka pengantin macam jepun sikit nampak macam kena jek la...
 yang ni pulak contoh lukisan inai yang mama buat... tapi sekarang ada corak yang lagi canggih nanti mama upload gambar pengantin menggu depan yek... gabungan dua jiwa digambarkan dengan sentuhan tangan membentuk love.... mama teringin nak jadi pengantin balik... sebab dulu masa mama kahwin tak dan buat cam ni... huhuhu...


 baju ni baju bersanding... potongan kebaya labuh dipakai dengan tali pinggang buat dari jahitan kain satin ....pengantin slim macam diana ni ok la tapi kalau montel macam mama minta maaf le.. nanti ada bonjolan keluar...
 liputan majlis khemah... nikah ..berarak...hantaran  pelamin  hidangan pengantin... kek semuanya terungkai menjadi satu... hasil kepandaian fotografer le ni....
 yang ni set liputan masa majlis berinai waktu malam tapi gambar tetap cun...
mamamolek....hari ni nak upload semua gambar pengantin yang telah mendapat sentuhan kreativiti idea dan hasil tangan sendiri...tapi yang dapat dikongsi hanya pengantin dari kuala selangor ni... liputan penuh majlisnya dari nikah berinai bersanding potong kek dan out door... apa pun semua memory menguruskan majlis diana ni masih terpahat dalam ingatan.. walaupun dia dapat contact mama dari iklan dalam majalah pengantin tak pernah kenal sebelum ni tapi hubungan kami agak rapat macam dah kenal lama... cuma sekarang lost contact...

Empayar Pemuda: PANAS : BUKTI KARPAL SENGAJA MAHU MEMERANGKAP ANWA...

Empayar Pemuda: PANAS : BUKTI KARPAL SENGAJA MAHU MEMERANGKAP ANWA...: EP rasa pastinya ramai yang akan terkejut dengan hujah yang dibuat oleh Karpal pada hari terakhir kes liwat Anwar Ibrahim yang melihatkan b...

mamamolek

Monday, December 5, 2011

menjadikan Malaysia Republik agenda anu ar al jubb

mamamolek .... hari kali ke 3 pergi ke kedutaan indonesia menguruskan pasport dan permit pembantu rumah saya....banyak cerita nak saya kongsi...bertolak dari rumah jam 6.30 pagi sampai jam 7 ... terkejut dengan barisan pengunjung sampai ke luar jalan .... begitu hebat sekali peminat kedutaan ini ...banjir dan sesak...kali ke 3 masih gagal mengambil nombor giliran kerana sekitar jam 7 nombor ke seribu sudah habis....adush...esok cuba lagi tapi mesti sampai jam 6... saya sempat berbual dengan beberapa pekerja indonesia yang gagal macam saya juga...antara cerita yang menarik tentang luahan perasaannya kepada tanah airnya....ibu, di Indonesia kerja memang sukar... mahu cari uang buat makan tidak ada jalannya. Di sini umpama lubuk emas buat kami.... beruntung ya jadi warga Malaysia...ya makanya sekolah percuma, dibagi lagi bantuan, obat obatan semua boleh dapat percuma...kalau diIndonesia jika sakit dihantar ke hospita, ditanya ongkosnya dulu sebelum dirawat.. jika tiada uang...matilah di situ... tetapi sayangnya rakyat Malaysia tidak pernah bersyukur atas kesenangan yang ada... malah bermati-matian berjuang bersama anu ar al jubb nak menjadikan Malaysia seperti Republik Indonesia... saya nak tanya anda? mahukah anda membuang kesenangan, menghapuskan kuasa Raja Melayu dan jadikan pemerintah Malaysia bukan melayu dan menyerahkan kuasa kepada pendatang.....? jika tanya saya....Sesungguhnya saya akan mempertahankan tanah tumpah darah ini hingga ke titisan darah yang terakhir... hey!!! petualang bangsa Anu ar Al Jubb... kau menjadi petualang pengkhianat bangsa akan kubunuh kau hanya dengan sebatang pensel dengan tanda pangkah di kertas undi masa pilihanraya ke 13... ayuh anda semua...bersama dalam barisan ini menghapuskan agen yahudi ini.....

tahniah... khalid gagap pandai korek lubang!!!

mamamolek....nak cerita pasal lubang... di thailand lubang bergerak-gerak di tepi jalan tapi di selangor lubang-lubang ditengah jalan sampai tak boleh nak gerak...tu la ini semua sebab rakyat selangor dah pandai sangat memilih MB yang memang pakar korek lubang.. bukan sahaja korek lubang ditengah jalan tapi korek lombong pasir... mamamamolek nak cerita satu kisah sebab musabab dan kesannya kepada rakyat marhain .... .... satu petang bila melalui jalan masuk ke taman Bandar Putera klang...pummppp tetiba tayar pecah bila termasuk ke dalam satu lubang yang besar dan dalam...adush malang sungguh.. mama pun terpaksa tukar tayar sendiri dengan kederat yang ada...terus pergi kek kedai tayar di Dragon Hill... sesampai jek mama terserempak dengan seorang pakcik pakai kopiah hijau baju kuning Bersih 2.0... mama tanya:wak, tukar tayar ke... ? hemm, tayar wak pecah masuk lubang .. . kalau macam tu samalah wak , nasib kita sama..saya cuba provok sikit..wak.. semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor jalan jadi teruk macamni....hish ini bukan salah kerajaan negeri .. ni tanggunjawab kerajaan pusat.. best betul jawapan pakcik ni dalam hati saya. Wak, jalan berlubang tu jalan negeri bukan jalan persekutuan.. mestilah atas kuasa kerajaan negeri...kalau lebuhraya persekutuan barulah kerajaan pusat...Eh ye ke... katanya . Mama terangkan kenapa jadi macam ni... wak , kalau wak nak tahu, sampai sekarang kerajaan negeri dah selewengkan 5.8 billion duit kerajaan pusat peruntukan yang diberi untuk selenggara jalan. MB Khalid gagal membuktikan kemana perginya duit tu.Dengan muka yang macam tak puas hati pakciktu jawab...awak jangan nak buat fitnah pulak....saya dengan pantas mengeluarkan IPad 2 dan membuka salinan dokumen kewangan yang menunjukkan salah guna peruntukan...Wak tu sebab saya cakap MB kita ni memang pakar korek lubang ...