Thursday, December 15, 2011

Cari punya cari terjumpa gambar pengantin ni...orangnya memang cantik...tak susah nak make up dia... baik tak cerewet semoga sedang berbahagia dengan keluarganya.. dah ada anak kot... ni gambar dia sebelum makeup..untuk pengetahuan mama tak gunakan jampi serapah untuk mulakan makeup cukup dengan doa dan selawat sahaja...mama serahkan semuanya kepada Allah..masih ingat lagi gi rumah dia ni jauh gak lah sebab masuk kebun dragon fruit...dan dalam kawasan pokok kelapa sawit...rumah dan suasana kampung menyamankan..tenang...
gambar ni masa majlis berinai malam ....baju yang dipakai ni adalah hasil rekaan jahitan mama...dia suka dan puashati..alhamdulillah..inai yang ada terlukis di tangan juga hasil sentuhan mama untuk dia... bab inai ni ada yang cakap kalau pengantin tu dah tak berapa nak suci inainya tak merah ... alhamdulillah pengantin ni inainya merah menyala dan berseri kat tangan dia... memang sah masih suci la tu....hehehe
      Pengantin lelaki dari Klang sampai ikut time dan mama juga yang siapkan dan jahit bajunya... rasa puashati bila hasil tangan mama dapat dipakai elok oleh pengantin... bila tengok pengantin tersenyum ... seronok rasa...berbaloi kerja-kerja menyempurnakan majlis dia ni...maklumlah nak bagi dia puashati dihari bahagianya bukan tanggungjawab yang main-main...mesti serius..
gambar ni pulak ... atas kreativiti fotografer diey othman buat shooting outdoor... tak yah gi jauh sebab keliling rumah dia memang cantik...penuh kehijauan...baju gaun putih potongan 2 pieces memang sesuai dengan badan dia..arrangement lace di bahagian dada dan lengan menampakkan baju ini agak fesyenable...dan trendy...

baju lelaki kot hitam dan kemeja outih... mereka pakai set baju ni selepas majlis bersanding iaitu ketika majlis potong kek...pendek kata mama duduk kat rumah pengantin ni tiga hari dua malam dari pasang pelamin pasang inai nikah , baju persalinan, berinai besar bersanding hingga potong kek... ni namanya dia ambik full pakej ....tak mahal sangat ...kalau nak tahu harga pakej boleh  tengok quatation harga nanti..

No comments:

Post a Comment